Ahmad Ammar ; Insaf seketika

http://nursadiqah.blogspot.com

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.

http://sarahzukri.blogspot.com

Kisah pemergian seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang meninggal dunia dalam kemalangan di kota Constantinople cukup memberi kesan kepada semua orang… Sama ada yang mengenali arwah ataupun tidak.. Saya sendiri sebak apabila membaca kisah anak muda ini… Bertambah sebak apabila melihat video di you tube.. Subhanallah, hebatnya anak muda ini sehingga orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya… Tabah hati si ayah dan ibu, tenang wajah mereka merelakan anak lelaki tunggal mereka pergi menemui penciptanya… “Apabila tiba di Malaysia, bagitahu orang lain bahawa kamu adalah ibu bagi anak yang syahid”

Ahmad Ammar, tenang di sana, dalam persemadian abadinya di pinggir kota Constantinople, di sisi Abu Ayyub al-Ansori r.a

http://saifulislam.com

Ahmad Ammar adalah anak kepada Tuan Haji Ahmad Azam, mantan Presiden ABIM. Saya mengetahui tentang beradanya Ammar di Istanbul melalui saudaranya yang saya temui di Dubai, semasa dalam perjalanan ke Istanbul. “Beliau pelajar cemerlang SPM di RMC. Tetapi memilih ke Turki untuk belajar sejarah. Ustaz jumpalah dengan dia nanti” kata saudara Ammar, usai ceramah Maulidurrasul saya di Dubai sehari dua sebelumnya.

Sabtu malam Ahad, 3 November 2013… Saya terbaca kemaskini status di akaun Facebook Syafiq. Seorang rakan sepengajiannya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan. Allah! Siapakah dia. Saya mencari-cari maklumat. Saya pantas terbaca pula di akaun Facebook adinda Muhammad bahawa anak muda yang dimaksudkan itu adalah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam!

Tenanglah adinda Ahmad Ammar, dalam persemadian abadinya di pinggir Constantinople, di sisi Abu Ayyub al-Ansari radhiyallahu anhu.
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H

—————————————————————–

Those are few words came from few bloggers and those who knew this one honourable young man. I cried and cried and my tears couldnt stop to flow when I viewed the you tube short video. Mashallah..it was speechless to see his clean and pure face when he was about to be burried…

I told myself…he was only 20!!! and me..28…what have i done in my life??? what am I to be compared with such a young man who devoted his life in his way till Allah granted him priceless, greatness,honourable farewell for him.Mashallah…

I feel useless nye dgn dosa dosa yg sedar,dosa yg tk sedar,ibadat pon lom mantap…Ya allah,,takutnye time mase sndiri camane…Feeling rase sedih cmana nk tatap someone we love dh tkde kt dunia ni made me burst into tears. tgk jenazah arwah di sembahyangkn n dikelilingi org org ugama,ustaz..terharu sangat..tgk jenazah di bawa masuk Masjid Eyub tuh,lgi berjurai jurai air mata..tgk betapa ramainye org mnuggu die..I ve been there and i masuk smayang sunat n sempat bace yassin dlm masjid tu smbil berair-air mata…duk bayangkn pahlawan ,sahabat nabi nye courage zaman dulu..Its beyond our imagination.Sekeliling masjid tuh sume kubur n makam lama..sume berebut nk dikebumikan dekat ngn sahabat nabi,Abu Ayyub.

So when I watched massive crowd awaited for Ahmad Ammar in that mosque and performed doa sume…Terharu,kagum sangat!He was only 20! n outsider..foreigner..malaysian!Yet, he was granted a miraculously farewell and funeral. Rezeki empunye badan..rezeki ibu bapa dpt anak yg mujahid,ahli syurga hendaknye…Tgk muke arwah, mcm still alive…Jihad Ahmad Ammar wajib dicontohi oleh kite sume..yg mude dan tua..

Anak yg pandai,anak yg baek,hamba allah yg mulia, pasti hatinye bersih…Al fatihah utk arwah,pasti arwah bergembira di sana..

p/s

seeing him thru his video,made me thot(zaman skrang)…berpakaian jubah,berserban,berjanggut pnjang,berceramah di sana sini,berceramah di tv astro ke tv3, bercramah di fesbuk ke you tube, berkopiah songkok ke…those are not kayu pengukur cmana bersih,tulus,mulia seseorg itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: