Keliru dgn pemikiran manusia

Ini adalah pendapat peribadi berdasarkan research sendiri

Heboh sana sini dengan petition segilintir manusia yang kononnya menggunakan hukum hakam untuk mendesak KKM menyediakan doktor wanita untuk pesakit wanita terutama dalam bidang perbidanan dan sakit puan, OBYGN.Even I am not a doctor or a medical practitioner but I am so pissed off with some people statements questioning why there are male doctors in obygn.

1.Hukum

Saya tak nak sentuh mendalam tentang hukum.Sebab hukum dh memang ada!Sila la google sendiri mahupun dlm bahasa tempatan atau hukum dr para ulama antarabangsa. But still they are certain people who came out with that ridiculous judgemental petition.Sungguh saya tak faham. Kalau nk pertikaikan aurat ketika bersalin,bak kata rakan doktor saya, Nurse n doktor yg tgk patient tidak bertutup aurat dlm OT tidak pulak mereka persoalkan.Dalam bidang selain obygn juga perlu periksa pesakit dan bersentuhan.Tidak bijakkah mereka untuk berfikir dari semua sudut? Satu situation rakan  saya terpaksa merawat kemaluan seorang lelaki yg dimasuki lintah kerana bermandi manda di sawah. Kalau bukan kerana tugas dan kepakaran mereka dlm bidang perubatan,do you think they really want to see and observe human genital organ?Think think think.

2.Keutamaan doktor wanita sahaja dlm bidang obygn

Lagi saya tak faham mereka mereka ini .Kalau nak doktor wanita sahaja dalam bidang obygn, sila fikir apabila ada situasi di hospital pendalaman mahupun bandar.Pesakit kecemasan yg mahu bersalin atau tumpah darah,tp doktor lelaki sahaja yang bertugas atau doktor perempuan sedang merawat pesakit lain yang juga nazak. Doktor lelaki tidak dibenarkn merawat atau tidak berpengalaman dalam bidang obygn,anda anda yg nk sokong petition tuh,mampu menanggung risiko kehilangan nyawa ibu dan bayi itu?? Think think think. Male doctors are required to have exposure in obygn field too. Kerana itulah ada doktor pelatih di bhgn perbidanan dan sakit puan. Ilmu dan pengalaman itu penting untuk mereka berkhidmat di masa akan datang.

Mari berfikir dari sudut berbeza, budak yg nak pandai mengaji quran,takkan dengar sahaja org mengaji trus boleh mengaji. Pastinye sendiri kena buka Quran ,sebut,eja dan baca ayat Quran sndiri. Dont u think so?Tukang jahit,takkan tgk sahaja you tube cara menjahit baju,cara memotong kain dah boleh terus buat baju kurung,buat tudung? Pastinya diri sendiri kna belajar guna mesin jahit,cuba sendiri teknik menjahit,lihat ,pegang dan kaji sendiri keadaan kain dan benang .Barula tukang jahit itu berupaya menghasilkan baju yang sempurna. Sama juga dalam bidang perubatan,doktor perlu selidik dan kaji pesakitnya. Dengar kuliah dan pass exam pastinya tidak mencukupi. Bila pesakit wanita dalam keadaan nak bersalin,doktor yang bertugas perlu tengok dan periksa untuk pastikan keadaan ibu dan bayi . Jadi,pengalaman dan exposure mereka dalam obygn itu penting. Think think think.

3.Doktor lelaki kenapa nak sibuk sibuk dalam bidang obygn(Pakar)

Haissh.If JPA sent me to do medic after SPM and now Im a doctor,I will sue those yg bagi statement ni.(Engineering is also science,hence I do think from scientifical view).To pursue and get qualified in certain speaciality, a doctor requires passion and skill.Not all can easily choose their field whichever they think they want to pursue.Doktor lelaki yg mempunyai kemahiran,kepakaran dalam bidang obygn ni bukan sebab suka suka nak tengok badan wanita,tetapi mereka dikurniakan kepakaran dan kemahiran di tangan mereka. Dengan kemahiran yang ada,pastinye itu kunci utama mendorong mereka untuk menjadi Doktor Pakar dalam bidang obygn yang mereka pilih. How would I say ermh.Example,it happens that one MO(not yet a specialist) finds himself excel in obygn, it motivates him to pursue to become a obygn specialist. But because of mereka mereka yang sibuk nk berpetition and berhujah begitu, the doctor is not allowed to enhance his skills . Their passion and skills that count. Bagaimana pula doktor wanita yang berpotensi untuk berjaya dalam bidang kepakaran berbeza terpaksa menyambung dalam bidang yang tidak diminati atau kurang berpotensi .Kenapa? disebabkan desakan org org judgemental tidak berfikir dari semua perspektif.

Dalam bidang berbeza selain perubatan juga,contohnya kejuruteraan. Saya bagi contoh dari background saya.Walaupun seseorang itu graduate dari engineering.Tidak semua tahu dari awal,oh saya dh memang hebat dalam bahagian research semikonduktor atau saya memang akan pro dalam bidang construction mahupun automotif. Contohnya,jika saya graduate dr material engineering,but now bekerja dengan sewage treatment construction.sewage tau..loji kumbahan..loji tahi. Do you really think from the beginning I berminat nak kerja pasal treatment tahi ni? But somehow,bile dah graduate and few pengalaman bekerja,dapat peluang dr company hebat and belajar bidang ini,it seems that Im good at it and I have passion to learn more and to get involved with more projects. And sewage tahi tuh dh bukan tahi bagi saya. Dah lali. It is just an accumulated components that we have to work on it and to treat with science,technical process to provide people for cleaner environment,to plant the trees in our earth with irrigation treated water. Masih mahu mempersoalkan doktor lelaki yang katanya gatal dan tak ada kerja lain untuk menjadi seorang Pakar Obygn?? Mereka berkecimpung di dalam bidang sains dan perubatan.Wanita itu adalah pesakit. Badan pesakit adalah komponen dalam bidang perubatan mereka untuk melaksanakan tugas.Come on people.Think think think.

4. Sosioekonomi

Pada saya,yang berkemampuan boleh lah pergi ke hospital swasta atau mendapatkan rawatan dari doktor pilihan sendiri. Fikirkan komuniti yg hidup di kampung atau pendalaman,mereka dapat seaorang doktor tidak kira laki atau wanita pun sudah bershukur ada doktor untuk merawat. Jika mereka mereka yang mendesak tuh nak juga menekankan isu gender doktor,bagaimana kalau keadaan kecemasan, are they willing to bear  the risk of losing a life? Before you sign it,think think think. Jgn nak hentam KKM dan para doktor.

Tidakkah mereka tahu bila pesakit diperiksa,ada nurse wanita lain lain.Dalam bilik ada 4-5 org.Paling tidak pon, kalau seorang pesakit wanita diperiksa oleh doktor lelaki,seorang nurse wanita perlu berada bersama pesakit.Saya bersalin di hospital semi private pon,ade nurse,ade doktor pelatih,ade MO and ada husband. Tak rasa langsung doktor lelaki tuh ada perasaan gatal seperti yang mereka mereka pertikaikan. Think think think

5. Bebanan kerja doktor dan jururawat wanita

Mereka mereka yang konon nak jaga hak isteri mereka. Boleh berfikir dari sudut doktor dan jururawat wanita? Pesakit lelaki pon doktor and jururawat wanita perlu rawat dan berkhidmat .Tambahan dengan permintaan pesakit wanita yang demand(suami2 yang sibuk demand) mesti doktor wanita sahaja dibenarkan.Persoalannya, mereka ni robot?? double workload? think think think. Bapa bapa yang kt rumah isteri suruh buat kerja rumah sikit pon komplen, kalau anda anda yang nak demand tuh mampukah menanggung kerja doktor and jururawat wanita yang perlu menggalas tugas di hospital dan di rumah at the same time??? Tepuk dada tanya kepala otak sendiri. Nurses and doctors ni makan lunch pon belum tentu. Yang kerja kat luar tuh bershukur boleh g lunch kt kedai ke, lunch sambil borak2, car pull g lunch kat luar mkn kedai sedap sedap. Fikirlah dari situasi mereka yang berhempas pulas menjalankan tugas. They have to entertain both genders, semua lapisan masyarakat.

6. Global

Saya yang duduk obersea negara timur tengah pon tngk doc lelaki pakar. yg pmrpuan sni sbb tk bekerja.lagikan saudi,belum tentu boleh keluar rumah. Bershukur la hospital kita kt malaysia masih ramai MO perempuan. bace blog medic student kt mesir pon,doktor pakar die egyptian muslim. Mereka merawat pesakit wanita dengan niat untuk merawat pesakit dengan ilmu perubatan.kawan yang arab and muslim pon isterinya dibawa doktor pakar lelaki. tidak ada persoalan atau petition cm mereke mereka ini. Bear in mind..Yes ,if u have money ,of course you can choose your own private doctor. Untuk org2 berduit,saya exclude mereke.Freely choose your own doctor.

Kepada mereka mereka,sebelum kemukakan hujah hujah judgemental atau menggunakan hukum hakam, berfikirlah dari semua prospektif

To all doctors and nurses,I am proud to have all of you serving your duty diligently

Feel free to get lost from my blog if u are one of “THEM”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: